Wednesday 23 May 2012

Khuff (Sarung Kaki/Stoking kulit)

https://www.facebook.com/pages/Kedai-Ibadah-Istiqamah/144498155695216/

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh__z8Rb-cLCx5OLJLsSea08pRLqNpgXRsEWlYowr5o8Mi8FiRDH79HmRN6YvP6BacucaSO5S9X1E35c3dW5GV6hBpGUaV0GXIlbON0X37bFjGwWUTD8p8vmhUD3qYGlF-00seHRZd2pB5n/s1600/khuff.gif

Kini di dijual di Malaysia!

 Hanya RM55.00 untuk sepasang.

Mempunyai saiz S, M, L & XL

(Penghantaran tambah RM10.00)

http://i.ytimg.com/vi/eDQSd88LyGI/0.jpg 

*Sila email: (sila.email @ gmail.com) untuk pembelian 

 ATAU hubungi

013-456 6677 

(Maaf, SMS tidak akan dilayan)

 

Bagaimana berwuduk dengan memakai Khuf.

Apa yang dimaksudkan khuf (sarung kaki yang kulit) ?
Khuf ialah sesuatu yang menutup kedua kaki. Dalam hal ini, bolehlah diertikan sebagai kasut. Namun kalau diteliti punca yang menyebabkan pemakaian kasut, maka pengertian khuf tidak hanya terbatas pada kasut sahaja. Umumnya fungsi kasut ialah untuk melindungi kaki dari kedinginan kerana sejuk, dari terluka dan sebagainya.
Oleh itu segala bentuk pakaian untuk kaki yang mengambil fungsi-fungsi tersebut adalah juga termasuk dalam pengertian khuf. Pembalut kaki seperti stokin juga menetapi fungsi-fungsi pemakaian khuf.
 Adakah disyaratkan bersuci ketika memakai khuf?
Ya. Bagi membolehkan kita menyapu di atas khuf, hendaklah ketika memakainya kita berada dalam keadaan suci dari hadas iaitu memakainya dalam keadaan berwudhuk. Mughirah bin Syu’bah r.a. menceritakan; “Saya bersama Nabi s.a.w. dalam satu perjalanan (musafir). Saya ingin menanggalkan dua khuf (kasut) beliau. Namun beliau berkata; ‘Biarkanlah. Saya menyarungnya dalam keadaan  saya sudah bersuci (yakni berwudhuk)’. Beliau kemudian hanya menyapu ke atas dua khufnya (semasa mengambil wudhuk)”. Hadis riwayat Bukhari, Muslim
Daripada hadis diatas dapat difahami bahawasanya sebelum memakai khuf (sarung kaki) haruslah berwuduk terlebih dahulu bukan disebaliknya .
Adakah dibenarkan penggunaan khuf dalam keadaan hadas besar?bagaimana dengan hadas kecil?
Safwan bin ‘Assal r.a. menceritakan; “Rasulullah s.a.w. menyuruh kami supaya menyapu atas khuf-khuf kami dan tidak menanggalnya selama tempoh tiga hari sama ada selepas kami buang air besar (berak), kencing dan tidur. Kecualilah selepas janabah”. (Riwayat Tirmidzi, Ahmad, an-Nasai’e dan lain-lain)

Dapat difahami bahawasanya terbatal penggunaan khuf jika berlaku hadas besar iaitu (junub) manakala hadas kecil dan lain-lainnya tidak menghalang penggunaan khuf.

Tempoh tamat penggunaan khuf ?
Dari Syuraij bin Hani' r.a. berkata; "Aku bertanya kepada Aisyah tentang menyapu khuf, maka ujarnya; Tanyalah pada Ali kerana lebih mengetahui hal itu daripada aku. Lalu aku bertanya pada Ali, maka ujarnya; Telah bersabda Rasulullah s.a.w.; 'Bagi musafir ialah 3 hari 3 malam, sedangkan bagi yang bermukim(tidak bermusafir), ialah sehari semalam." (Riwayat Ahmad, Muslim, Tarmizi, Nasai dan Ibn Majah)

Apakah dibolehkan menyapu diatas al-jaurab iaitu stokin/sarung kaki?
Yang jelas dari Mughirah bin Syu’bah r.a. menceritakan; “Rasulullah s.a.w. mengambil wudhuk dan baginda menyapu atas dua jaurab (sarung kaki) dan dua kasutny" (Riwayat Imam at-Tirmizi)
Yahya al-Buka r.a. pernah mendengar Ibn Umar r.a. berkata: “Menyapu di bahagian atas al-Jaurab sama seperti menyapu di bahagian atas kedua-dua belah khuf.” (Hadis riwayat Abdul Razzaq)
Kesimpulan :
1-Hendaklah menutupi bahagian kaki sehingga ke atas buku lali.
2-Hendaklah dalam keadaan berwudhu' yang sempurna sebelum memakai khuf

3-Tempat Menyapu  atau Tempat yang disyariatkan untuk menyapu ialah bahagian atas khuf tersebut.

Dari Mughirah r.a. katanya; "Aku lihat Rasulullah s.a.w. menyapu bahagian atas kasut." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi)

Saidina Ali pernah berkata; “Jika sekiranya agama itu boleh diputuskan dengan akal, nescaya menyapu di bawah khuf lebih logik dari menyapu di atasnya. Namun aku telah melihat Nabi s.a.w. menyapu bahagian atas dua khufnya”.
-sumber-an-nawawi
HADIS MUTAWATIR MENYAPU KHUF
Khuf merupakan sejenis stokin yang diperbuat dari kulit yang menutupi sehingga atas buku lali. Menyapu khuf bermaksud melalukan tangan yang basah di atas khuf sebagai ganti kepada membasuh kaki semasa berwudu`. Sabitnya hukum menyapu khuf berdasarkan kepada hadis yang mencapai ke tahap mutawatir dan para ulama telah ijma’ akan keharusannya melainkan golongan Shi’ah yang menafikannya dengan sekeras-kerasnya.

Sahabat-sahabat yang meriwayatkan hadis menyapu khuf ialah al-Mughirah bin Shu’bah, ‘Umar bin al-Khattab, ‘Ali bin Abi Talib, Sa’d bin Abi Waqqas, Bilal, Buraydah, Jarir al-Bajali, Huzayfah, ‘Amr bin ‘Umayyah al-Damri, Abay bin ‘Umarah, Aws bin Abi Aws al-Thaqafi, Khuzaymah bin Thabit, Safwan bin ‘Assal, Jabir bi n’Abdullah, Abu Bakrah, Anas bin Malik, Sahl bin Sa’d al-Sa’idi, ‘Awf bin Malik al-Ashja’i, ‘A`ishah, Maymunah, Thawban, Abu Ayyub al-Ansari, Abu Hurayrah, Usamah bin Zayd, usamah bin Sharik, Jabir bin Samurah, rabi’ah bin Ka’b al-Aslami, Sharid, ‘Ubadah bin al-Samit, ‘Abdullah bin Rawahah, Ibn ‘Abbas, Ibn Mas’ud, ‘Abdul Rahman bin Hasanah,  ‘ismah, ‘Amr bin Hazm, Muslim, Ma’qil bin Yasar, Ya’la bin Murrah, Abu Umamah al-Bahili, Ibn Barazah al-Aslami, Abu Sa’id al-Khudri, Abu Talhah, Shabib bin Ghalib, Zayd bin Kuraym dan ramai lagi sahabat yang meriwayatkannya.

Oleh kerana hukum yang sabit berdasarkan hadis mutawatir dan hukumnya qat’i maka ulama menyebutkan juga masalah menyapu khuf dalam kitab-kitab ‘aqidah. Sebagaimana dalam kitab al-Fiqh al-Akhbar, Imam Abu Hanifah menyatakan: “Dan menyapukan khuf itu adalah Sunnah.” Ketika mensharahkan ungkapan ini, Mulla ‘Ali al-Qari berkata: menyapukan khuf itu ya’ni sehari semalam untuk orang yang bermukim dan tiga hari tiga malam untuk orang musafir adalah Sunnah ya’ni sabit berdasarkan al-Sunnah yang hampir mutawatir dan tidak jauh untuk dikatakan ia diambilkan dari ayat al-Qur`an juga kerana firman Allah s.w.t.  وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ dibacakan dengan menasabkan (baris atas pada huruf lam) mengikut qiraat tujuh yang lebih zahir menunjukkan membasuh kaki. Manakala dibaca dengan menjarrkan (baris bawah pada huruf lam) lebih zahir menunjukkan menyapu kaki dan kedua-dua ini saling bercanggah dan mengikut hukumnya ia adalah mubham tidak jelas. Lalu ia diterangkan oleh perlakuan Rasulullah s.a.w. sendiri di mana baginda menyapu kaki ketika memakai khuf dan membasuhnya ketika tidak memakai khuf.[1]

Dalam al-‘Aqidah al-Tahawiyyah, Imam al-Tahawi menyatakan, kami mengatakan adanya memyapu di atas khuf semasa musafir dan di permukiman seperti yang terdapat dalam riwayat-riwayat hadis.[2]
عَنْ اَلْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ  رضي الله عنه قَالَ: كُنْتُ مَعَ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَتَوَضَّأَ, فَأَهْوَيْتُ لِأَنْزِعَ خُفَّيْهِ, فَقَالَ: "دَعْهُمَا, فَإِنِّي أَدْخَلْتُهُمَا طَاهِرَتَيْنِ" فَمَسَحَ عَلَيْهِمَا - مُتَّفَقٌ عَلَيْه ِ.

Daripada al-Mughirah bin Shu’bah r.a. katanya, saya bersama dengan Rasulullah s.a.w. lalu baginda berwudu` lantas saya menghulurkan tangan untuk menanggalkan khufnya lalu baginda bersabda: “Biarkannya kerana sesungguhnya saya memakainya dalam keadaan suci.” (Muttafaq ‘Alayh).

وَلِلْأَرْبَعَةِ عَنْهُ إِلَّا النَّسَائِيَّ:  أَنَّ اَلنَّبِيَّ  صلى الله عليه وسلم  مَسَحَ أَعْلَى اَلْخُفِّ وَأَسْفَلَهُ - وَفِي إِسْنَادِهِ ضَعْف ٌ.

Dalam riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ibn Majah, bahawa Rasulullah s.a.w. menyapu bahgian atas dan bawah khuf. (Dalam sanadnya ada kelemahan).

وَعَنْ عَلِيٍّ - رضي الله عنه - قَالَ: - لَوْ كَانَ اَلدِّينُ بِالرَّأْيِ لَكَانَ أَسْفَلُ اَلْخُفِّ أَوْلَى بِالْمَسْحِ مِنْ أَعْلَاهُ, وَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اَللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَمْسَحُ عَلَى ظَاهِرِ خُفَّيْهِ - أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُدَ بِإِسْنَادٍ حَسَن.

Daripada ‘Ali r.a. katanya, sekiranya agama itu dengan fikiran maka tentu bahagian bawah khuf lebih utama disapu dari bahagian atas. Sesungguhnya saya melihat Rasulullah s.a.w. menyapu khuf di bahagian atasnya. (Abu Dawud dengan sanad yang hasan)

وَعَنْ صَفْوَانَ بْنِ عَسَّالٍ - رضي الله عنه - قَالَ: - كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَأْمُرُنَا إِذَا كُنَّا سَفْرًا أَنْ لَا نَنْزِعَ خِفَافَنَا ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ وَلَيَالِيَهُنَّ, إِلَّا مِنْ جَنَابَةٍ وَلَكِنْ مِنْ غَائِطٍ, وَبَوْلٍ, وَنَوْمٍ - أَخْرَجَهُ النَّسَائِيُّ, وَاَلتِّرْمِذِيُّ وَاللَّفْظُ لَهُ, وَابْنُ خُزَيْمَةَ وَصَحَّحَاه ُ (3) .

Daripada Safwan bin ‘Assal katanya, Rasulullah s.a.w. menyuruh kami apabila bermusafir supaya tidak menanggalkan khuf selama tiga hari dan tiga malam kecuali kerana berjunub. Tetapi tidak perlu ditanggalkan kerana buang air besar, kencing dan tidur. (al-Nasa`I, al-Tirmizi, Ibn Khuzaymah)

وَعَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ - رضي الله عنه - قَالَ: - جَعَلَ اَلنَّبِيُّ - صلى الله عليه وسلم - ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ وَلَيَالِيَهُنَّ لِلْمُسَافِرِ, وَيَوْمًا وَلَيْلَةً لِلْمُقِيمِ. يَعْنِي: فِي اَلْمَسْحِ عَلَى اَلْخُفَّيْنِ - أَخْرَجَهُ مُسْلِم ٌ (1) .

Daripada ‘Ali r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah menentukan selama tiga hari dan tiga malam untuk orang bermusafir, dan sehari semalam untuk orangyang berada di tempat sendiri, ya’ni berhubung dengan menyapu khuf ketika berwudu`. (Muslim)

وَعَنْ ثَوْبَانَ  رضي الله عنه  قَالَ: بَعَثَ رَسُولُ اَللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - سَرِيَّةً, فَأَمَرَهُمْ أَنْ يَمْسَحُوا عَلَى اَلْعَصَائِبِ  يَعْنِي: اَلْعَمَائِمَ -وَالتَّسَاخِينِ- يَعْنِي: اَلْخِفَافَ - رَوَاهُ أَحْمَدُ, وَأَبُو دَاوُدَ, وَصَحَّحَهُ اَلْحَاكِم ُ  .

Daripada Thawban r.a. katanya Rasulullah s.a.w. telah mengutuskan satu pasukan dan baginda memerintahkan mereka supaya menyapu di atas ‘asa`ib ya’ni serban, dan khuf. (Ahmad, Abu Dawud, dan ditashih oleh al-Hakim)

وَعَنْ عُمَرَ -مَوْقُوفًا- و]عَنْ] أَنَسٍ -مَرْفُوعًا-: - إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ وَلَبِسَ خُفَّيْهِ فَلْيَمْسَحْ عَلَيْهِمَا, وَلْيُصَلِّ فِيهِمَا, وَلَا يَخْلَعْهُمَا إِنْ شَاءَ إِلَّا مِنْ جَنَابَةٍ" - أَخْرَجَهُ اَلدَّارَقُطْنِيُّ, وَالْحَاكِمُ وَصَحَّحَه ُ  .

Diriwayatkan daripada ‘Umar secara mawquf dan daripada Anas secara marfu’: “Apabila seseorang dari kamu mengambil wudu’ dan memakai khuf maka hendaklah dia menyapunya, bersembahyang dengan memakainya dan janganlah dia menanggalkannya walaupun dia mahu kecuali kerana berjunub. (al-Daruqutni dan al-Hakim mentashihnya).

Disediakan oleh Muhammad Hanief Awang Yahaya untuk www.darulkautsar.com

Lagi maklumat mengenai Khuffs dalam bahasa Inggeris:

http://www.inter-islam.org/hadeeth/st9.htm 

Wallahualam...